Tuesday, April 21, 2015

Sakit uhh Di Sini



Dunia hari ini memaparkan ramainya yang hati lebih sakit dn lebih parah dari sakit lahiriyah.. buktinya  Bila kita lihat kembali, apa yang berlaku dalam diri kita sebenarnya bertitik tolak dari hati. Hati kita kan diibarat sabagai raja dalam dariri kita. Seperti mana hadis nabi dalam kitab arbain (40)hadis uimpunan al-imam Nawawi.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Kite sering mendengar,kita juga sering merasai..
Ramainya nya manusia didunia ini berpecah,
Ramainya iri hati,
Ramainya Stress,tertekan,
Ramainya yang berbalah,
Ramainya yang merasakan dirinya bagus,
Ramainya manusia yang belagak sombong,
Semua yang berlaku didunia ni semuanya hasil dari refleksi hati.betol dak, sengaja saya letakkan yang negetif itu asalnya dari hati. Ingat bila hati dah mati,dah sakit akan Allah tambahkan lagi sakitnya hati itu kan.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.(QS.2:10)
Demikian, jangan kita lupa orang alim,ramai orang mukmin yang hidup mereka kelihatan tenang, aman, itu lah hati yang sebenar yang sentiasa ingatkan Allah.

Sedikit tentang hati.hati kita terbahagi pada 3 kan ulama bincang.:
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Sebelum akhir, ingat lah sahabat firmanya……
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Sedikit Tips…
SELALULAH MERASAI ‘SAKIT TUH DISINI’
Supaya timbulnya sikap untuk sentiasa merubati hati dan ingat padaNya bila hati dah sakit..amenn.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini..marilah sama-sama kita jaga hati supaya kehidupan kita aman dan diredhoinya.amen…



No comments:

Post a Comment