Friday, April 24, 2015

KWSP dan Hukum nya

KWSP? Banyak soalan yang pembuat dasar ni kena jawab di akhirat. Saya dah confirm akan buat tuntutan, dan saya yakin lagi ramai akan tuntut hari kiamat. Dunia sekarang ni, mungkin saya tak kenal dan tak tahu sapa punya idea, angkara dan siapa punya 'akalan' buat dasar zalim ni, tapi di akhirat nanti semua akan kenal sebab Malaikat heret dia duduk depan untuk sapa-sapa nak buat tuntutan.
Saya pernah di'betul'kan oleh seorang pegawai KWSP bila saya komen 'encik! yang saya nak minta ni duit saya, bukan duit kerajaan'. Dia jawab: "encik, ini untuk masa depan encik juga bila pencen nanti. Lepas pencen boleh buat rumah besar". Saya jawab: "Saya perlukan rumah sekarang sebab anak-anak sedang membesar".
Moral: itulah komen bila tak tahu hadis nabi saw:
دعوا الناس يرزق بعضهم بعضا
Biarkan orang ramai tentukan rezeki (wang masing-masing) untuk digunakan sesama mereka.
Kalau Tas'ir (penetapan harga) pun nabi tak berani campur takut disoal pada hari kiamat, inikan pula duit orang kita sibuk-sibuk nak ambik dan nak tentukan bila dan untuk apa.
Kalau tidak kerana KWSP, saya tak perlu pinjam bank untuk beli tanah. Harga tanah RM200,000 hutang bank, interest hampir RM100,000 apa sangat dengan dividen KWSP sebanyak 2% hatta 10% pun.
Itu tak kira lagi susut nilai kuasa beli wang (depreciation). Hari ini RM200,000 dapat beli sebidang tanah, nanti selepas 20 tahun hanya mampu beli 100 lori tanah merah sahaja. Kalau kita keluar duit tu hari ini dapatlah tanah sekeping setengah ekar, tapi masa umur 55 tahun nanti, bukan kata tanah setengah ekar, nak tambak tanah dengan 100 lori pun tak cukup. Anda ingat mustahil ke susut nilai matawang boleh ke tahap ini?
Saya akan tuntut di akhir akhirat dengan pembuat-pembuat polisi zalim ini.
- Zaharudin Muhammad.
Presiden GESA.
Nota: sapa-sapa yang setuju tak ada masalah, maka serahlah duit anda dengan kerajaan kerana mungkin anda tiada keperluan terdesak. Tapi jangan paksa orang lain serah duit dia kepada kerajaan untuk diguna oleh korporat buat bisnes

No comments:

Post a Comment