Sunday, October 25, 2009

salamu'laikum.............................................. pekabar sume,,,, maaaf,,lama dah tak update blog sy nie,, terlupa paswd dulu,,,

Wednesday, April 15, 2009

kita dan ibu

-Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita.Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
-Apabila berusia 2 tahun,ibu mengajar kita bermain.Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
-Menjelang usia kita 3 tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.-Ketika berusia 4 tahun,ibu membelikan sekotak pensil warna.Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
-Berusia 5 tahun,ibu membelikan kita sepasang pakaian baru.Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
-Setelah berusia 6 tahun,ibu memimpin tangan kita ke sekolah.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit;Tak nak ! tak nak!
-Apabila kita berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
-Menjelang usia 8 tahun,ibu belikan aiskrim.Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.-Ketika berusia 9 tahun,ibu menghantar kita ke sekolah.Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.-Berusia 10 tahun,ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita ke mana sahaja.Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
-Apabila berusia 12 tahun,ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah.Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.-Menjelang usia 13 tahun,ibu suruh pakai pakaian menutup aurat,Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
-Ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama,kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun kepadanya.
-Berusia 15 tahun,ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan,kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.-Menjelang usia 18 tahun,ibu menangis gembira bila kita diterima masuk ke IPTA.Kita ucapka terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
-Ketika berusia 19 tahun.ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,hantar ke kampus dan heret beg ke asrama.Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
-Berusia 20 tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata "itu bukan urusan ibu"
-Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata,"saya tak mahu jadi seperti ibu"
-Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan kita perabot untuk rumah bujang kita ,kita kata pilihan ibu tidak cantik,tak berkenan di hati kita.
-Menjelang usia 24 tahun,ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan.Kita menjeling dan merungut,"ibu,tolonglah.......!"
-Ketika berusia 25 tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita.Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
-Pada usia 30 tahun ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi,kita megah berkata,itu dulu,sekarang zaman moden.
-Ketika berusia 40 tahun,ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk,tak ada masa nak balik.
-Apabila berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya,kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
-Dan kemudian,kita mendapat berita kematian ibu.Khabar itu bagai petir.Dalam lelehan air mata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu....... :cry: menjadi sikap manusia menyedari akan kepentingan sesuatu apabila benda itu tiada lagi dengan kita,apabila kita telah kita telah kehilangannya.sedarlah sebelum terlambat.

Saturday, April 11, 2009

5 Syarat nak buat maksiat!!!


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wednesday, April 8, 2009

Tips Mengelak Dari Histeria di Asrama

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama atau di institut pengajian tinggi yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit. Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. by dr.harun din

Tuesday, April 7, 2009

hari-hari kt udm

Alhamdulilah,bersyukur kepada ilahi,kerana dengan limpah kurninya, dapat juga saya menyiapkan blog ini, dan pertama sekali terma kasih kepada puan roslinda yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,dari mula hingalah tercetusnya idea untku membuat blog ini. Jazakumullahhukharankasira..beresss.