Thursday, April 30, 2015

Hikmah Nya pasti disebalik ujian

Alhamdulilah.. kami selamat sampai ke malaysia.
Alhamdulilah sangat. Semua selamat.






Sekrang dah naik bas pulabg ke kampung halaman. Tak sabar rasa nak jumpa famly.




Selesai urusan diusim semlam, labgsung kami ke kajang mencari tiket dan pagi ni terus pulang.

Last point kami di kajang. Selepas berpisah dengan hafizi semalam. Bahagia sangat dapat hantar sahabat ke pahang. Yes, masa amat pantas, tapi sempat juga kami amik 6jam untuk hantar sahabat kami.


Dah sampai umah pizi semlam, dapat jugak lihat suasana prk rompin. Hehe. Bnyknye biru terr.. 

Done. Semoga ukhuwah rehlah ilmiah kami berlima hampir 3bulan di indonesia. Sedey kot...

Lupakan masalah sebentar, ujian bagi kami. Alhamdulilah. Semua lancar semlam. Sekrang tinggal result dari usim. Status praktikal kami. InsyAllah semua kheir..

Semoga terus sabar,terus kuat. Maka ubatnya peastila dariNya..

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Artinya: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. “(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". “Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-BAqarah: 155-158)

Dan harpan juga,kami diuji kerana Allah nak kan kebaikkan dari kami..sepertimana hadis nabi..

عن أَبَي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - «مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ»

Artinya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang diinginkan Allah kebaikan maka Allah akan mengujinya.”

Apa pun jadi, pastinya kami yakin Perancangan Allah itu pastinya baik.

Pastinya HIKMAH nya Akan hadir..
sempat ziarah rumate lama hehe.
Munkin last post tentang rehlah ilmiah kami. Lepas ni post lain plak.

Bab cinta ka. Ok gak. Walaupun dah 25 ni. Hehe.

K bye.. doa kan kami...

BAS persada
Nilai -Naka
0957
30042015


Wednesday, April 29, 2015

aku bingung


Aku bingung.....
Lidah teringin berbicara tentang diri,
Alangkah indahnya hidup ini,
Dikala diri diuji,
Hati terus berbicara,.
Hanya yang mengerti diuji,
Pasti jutaan hikmah menanti,
Andai kemarin aku di sana,
Sekelipmata aku disini,
Kalau dahulu merapi dijendela,
Kini GST pengubah bicara.


Hati trus bingung,
 apakah yang aku bicara,
Semuanya seperti tiada erti,
Tapi, itulah takdir kami,
Moga bicara singkat ini,
Cukup mengambarkan apa dihati.

Waduh, bingung aku...
Itulah kehidupan ku...
Aku bukan seorang sastrawan, jauh sekali negarawan
Aku hanya lokman naka'i,
Anak desa melati, entah apa yang kucari, samapai kini masih menanti,

Jogja, sungguh hati ini merindui..
Takdir rezki habis disini,
Kini kami bersama GST,
Di tanah tumpah kami sendiri...
Kbye...
...
Terus menanti......


Sunday, April 26, 2015

Terus jalan....harus hidup..ayukk

senyum je..masalah itu ujian..





Engih.. engih.. itulah ungkapan yang selalu bermain dalam kalangan masyarakat jawa disini.. walaupun aku ngak bisa paham kesemuanya, hnya beberapa kalimah, tapi aku cukup senang disini. ye, tak dinafikan dinegeri sendiri itu indah lagi. bagi aku di mana pun kita, harus bisa menesuaikan diri.
engih, malam ni aku terus berjalan dengan sejuta harapan sambil hati mendoakan kesihatan ibuku yang sudah dua hari tidak sihat. semoga ibu diberi kekuatan. jagan risau anak bongsumu ini.

Semoga mak and ayah sentiasa sihat ya.l




InsyaAllah besok munkin penentu, samaada terus disini, atau dihantar pulang(minta jangan la) dimalaysia makin sulit status latihan industri kami, yaAllah semoga Allah pemudahkan.. 

Engih... kami hanya tinggal 5minggu berbaki, andai pulang entah apa2 lagi ni. Harapan kali ini cukup tinggi. Semoga dipemudahkan urusan yaAllah..
Engih... perjalanan malam ni bakal melewati serangan(macam cameron la kot kt malaysia) sejuk kot. Kalau datang gontor ponorogo jangan lupa ke serangan.. terbaikkk. InsyaAllah.
Engih... apa pun berlaku, kami harus melalui pengalaman yang bagi aku sangat tinggi nilainya..
Hidup harus diteruskan..
Perjalanan masih jauh,
Engih... andai itu takdirku aku terima..
Sekadar itu coretan aku,..
Aku bukan penulis, sekadar perkongsian..
So, kalau ayat terbang merata tu biasa la.. penulis yang tulis ikut mod je. Hehe

Sebelum aku melepaskan pena ini elok juga kita tadabbur dan hayati ayat bawah ni sebgai pengubat seorang mukmin..

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Atas mobil
Gontor(Ponorogo) -jogja
26042015

Friday, April 24, 2015

KWSP dan Hukum nya

KWSP? Banyak soalan yang pembuat dasar ni kena jawab di akhirat. Saya dah confirm akan buat tuntutan, dan saya yakin lagi ramai akan tuntut hari kiamat. Dunia sekarang ni, mungkin saya tak kenal dan tak tahu sapa punya idea, angkara dan siapa punya 'akalan' buat dasar zalim ni, tapi di akhirat nanti semua akan kenal sebab Malaikat heret dia duduk depan untuk sapa-sapa nak buat tuntutan.
Saya pernah di'betul'kan oleh seorang pegawai KWSP bila saya komen 'encik! yang saya nak minta ni duit saya, bukan duit kerajaan'. Dia jawab: "encik, ini untuk masa depan encik juga bila pencen nanti. Lepas pencen boleh buat rumah besar". Saya jawab: "Saya perlukan rumah sekarang sebab anak-anak sedang membesar".
Moral: itulah komen bila tak tahu hadis nabi saw:
دعوا الناس يرزق بعضهم بعضا
Biarkan orang ramai tentukan rezeki (wang masing-masing) untuk digunakan sesama mereka.
Kalau Tas'ir (penetapan harga) pun nabi tak berani campur takut disoal pada hari kiamat, inikan pula duit orang kita sibuk-sibuk nak ambik dan nak tentukan bila dan untuk apa.
Kalau tidak kerana KWSP, saya tak perlu pinjam bank untuk beli tanah. Harga tanah RM200,000 hutang bank, interest hampir RM100,000 apa sangat dengan dividen KWSP sebanyak 2% hatta 10% pun.
Itu tak kira lagi susut nilai kuasa beli wang (depreciation). Hari ini RM200,000 dapat beli sebidang tanah, nanti selepas 20 tahun hanya mampu beli 100 lori tanah merah sahaja. Kalau kita keluar duit tu hari ini dapatlah tanah sekeping setengah ekar, tapi masa umur 55 tahun nanti, bukan kata tanah setengah ekar, nak tambak tanah dengan 100 lori pun tak cukup. Anda ingat mustahil ke susut nilai matawang boleh ke tahap ini?
Saya akan tuntut di akhir akhirat dengan pembuat-pembuat polisi zalim ini.
- Zaharudin Muhammad.
Presiden GESA.
Nota: sapa-sapa yang setuju tak ada masalah, maka serahlah duit anda dengan kerajaan kerana mungkin anda tiada keperluan terdesak. Tapi jangan paksa orang lain serah duit dia kepada kerajaan untuk diguna oleh korporat buat bisnes

menikmati ujian- visa ah visa



Alhamdulillah..hari ni 23/04/2015. Hari ke-68 di indonesia.
Kami diuji dengan kesalahan diri kami sendiri munkin, atau pun disebabkan ketidak pekaan kami tentang hal ini. Demikian ujian yang menimpa kami apabila dikhabarkan oleh bapak di kantor imigrision yang visa kami sudah 7hari xpirednya. Ditambah pula 300k rupiah dendanya sehari,yaAllah.. kami datang dengan biai sendiri.bayangkan 30 idarabkan dengan 8+ os tambah tempoh visa hmpir 3juta kos semuanya.lebih kurang Rm 800-1000.
Sentap.habis plan untuk rehlah diakhir praktikal nanti. K.dah. sekrang dah on the way ke ponorogo untuk setle kan visa kami...zzzhhh.
Alhamdulilah..
Hati diubati dengan ingatkan diri dengan islam. Islam itu indah, lihatlah orang yang levih dasyat ujian nya dari kamu kan..alhamdulilah.kecik ja ujian kami..
Ayuk... zikrillah..
Sobar.redha.back to fitrah.
Ini lah kehidupan..


**Sedikit tips..
Untuk visa sosial ke indonesia.
Please kira 60 tu start dari hari kita masuk negara tersebut bukan pada xpired date di visa ok.done.
Denda habis. Tarikhnya. Satu hari 300k
Sekian coretan kali ini..

23042015/ 1625
Jogja-gontor(ponorogo)-jogja
Dalam van(RP155k)
Tengok molek nih, 60hari tu kira hak hijau tu, bukan xpired date sebelah kiri tu

Tuesday, April 21, 2015

Sakit uhh Di Sini



Dunia hari ini memaparkan ramainya yang hati lebih sakit dn lebih parah dari sakit lahiriyah.. buktinya  Bila kita lihat kembali, apa yang berlaku dalam diri kita sebenarnya bertitik tolak dari hati. Hati kita kan diibarat sabagai raja dalam dariri kita. Seperti mana hadis nabi dalam kitab arbain (40)hadis uimpunan al-imam Nawawi.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Kite sering mendengar,kita juga sering merasai..
Ramainya nya manusia didunia ini berpecah,
Ramainya iri hati,
Ramainya Stress,tertekan,
Ramainya yang berbalah,
Ramainya yang merasakan dirinya bagus,
Ramainya manusia yang belagak sombong,
Semua yang berlaku didunia ni semuanya hasil dari refleksi hati.betol dak, sengaja saya letakkan yang negetif itu asalnya dari hati. Ingat bila hati dah mati,dah sakit akan Allah tambahkan lagi sakitnya hati itu kan.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.(QS.2:10)
Demikian, jangan kita lupa orang alim,ramai orang mukmin yang hidup mereka kelihatan tenang, aman, itu lah hati yang sebenar yang sentiasa ingatkan Allah.

Sedikit tentang hati.hati kita terbahagi pada 3 kan ulama bincang.:
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Sebelum akhir, ingat lah sahabat firmanya……
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Sedikit Tips…
SELALULAH MERASAI ‘SAKIT TUH DISINI’
Supaya timbulnya sikap untuk sentiasa merubati hati dan ingat padaNya bila hati dah sakit..amenn.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini..marilah sama-sama kita jaga hati supaya kehidupan kita aman dan diredhoinya.amen…



Sunday, April 19, 2015

sekadar coretan sore

Aku tidak mengharap ramainya viewer tapi cukuplah perkongsianku ini dijadikan asbab Allah memandangku dengan rahmatnya..ameen..

Ramai yang selalu bertanya, lokman hang dah berapa  orang folowwer, dah berapa ramai viewer,  dengan selambenya aku jawab, nanti aku dah pergi baru orang view kot. Itulah yang aku harapa kan tak banyak ada benda aku nak share kat sini. Disini jugak akan ku kongsikan pengalaman pengalaman yang bole kita ambil iktibar dan ibrah.insyaAllah sepatah kita tulis Allah nilai kan.


Sabda nabi  “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” ~hadis Riwayat Muslim~

 Senyum...

Demikian makna hadis salah satu nya, ilmu yang bermanfaat kan. Bukankah ilmu bermanfaat itu adalah yang membawa kita dekat kepada sang pencipta? insyaAllah walaupun dalam  post2 yang aku share ni tidak lah seilmiah mana tapi aku yakin aka n ada sedikit yang bermanfaat.

Hadis nabi kan  “Sampaikanlah dariku waau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

insyaAllah, semoga kita tergolong dalam kalanagan tabliq, menyampaikan.


Pena harus bergerak, ummah perlukan kita,kita juga perlukan ummah. Hidup tidak bersendirian.
Akhirrrr kalam, salam muhasabah
Hari masih hujan tak kala bunyi seksofon menghalusi halwa telinga..


Salam dari Universitas islam Indonesia
Asrama Putri lantai 2

18 April 2015 Jam 1721

Monday, April 13, 2015

Hari Last di UNIDA GONTOR



Alhamdulillah setelah dua bulan kami di sini, bnyak sangat catatan menarik yang perlu kami bawa ke malaysia. Di sebab kan line dekat tempat baru aku macam siput sedut, maka aku post gambar sepanjang perjalanan kami dari gontor-mantingan(gontor putri ya)-uii jogja sahaja.
insyaAllah, kalau jumpa intenet laju akan ku teruskan perkongsian kami di sini.
cadangnya mahu bina satu library online,mohon doa kalian semua. doa kan jumpa wifi atau data nya yang laju ya.hehe
ok.selamat...





Depan Rumah pak Hamid( DR Hamid Fahmi Zarkasyi)

kantang bangat sey,depan Gontor Putri Tu.haha

No Caption

gaya pun jadi la



Wakil dari Dosen(pensyarah) Gontor Putri

last sebelum berngkat depan UNIDA




terbaik da. semuanya masih single but not available ehhh?(13/4/2015) 

library UNIDA

Bersama ustaz saifullah Dosen unida 

yang ni penting, antara orang kuat UNIDA gontor
DR Dihyatun Masqon M,A
Vice Rector for International Relation



ok.sekian..untuk hari ni..k bye......insyaAllah pena ku terus bergerak bersama ummah.
0536 pm
13042015
uii jogja

Thursday, April 9, 2015

kertas kerja seminar qiraat antarabangsa unisza 2010

kertas kerja ini mengandungi keseluruhan kertas kerja seminar tersebut.

http://www.4shared.com/office/kiTe3tIRce/seminar_qiraat_antarabangsa_un.html

Tuesday, April 7, 2015

Cabaran mahaasiswa muslim dalam meneruskan pembelajaran di barat.





Akhir-akhir abad ini, ramai mahasiswa yang mmemilih untuk melanjutkan pengajiannya di barat sebagai desitinasi mereka. Seperti yang direkodkan oleh republica “jumlah masyarakat Indonesia yang belajar di AS tahun 2014 sebanyak 7,921 dibanding tahun 2013 yang jumlahnya sebanyak 7,670 pelajar.”[1]Perkembangan ini menunjukkan satu trand yang baik da nada positif serta negativnya juga. Namun merujuk kepada perkembangan ini, tidak kurang juga mahasiswa dari asia tenggara yang melanjutkan ke barat. Ini menunjukkan yang barat telah menjadi antara pusat ilmu dunia dengan perkembangan ini. Diawah ini kita akan bincangkan dari pelbagai sudut antara cabaran  belajar di barat.
Budaya  hidup barat yang ’bebas’ merupakan faktor yang mesti diambil berat oleh pelajar muslim disana. Seperti yang di ceritakan hafizasyari dalam websitenya ‘’budaya barat cenderung “bebas”. Setiap orang berhak untuk mengekspresikan gaya berpakaian mereka baik tertutup ataupun tidak. Begitupun dengan pergaulan, kita sering melihat orang barat tanpa malu mengumbar kemesraan di depan publik.’’[2] Ini harus dielakkan oleh mahasiswa muslim kerana islam mengajar menjaga akhlak dan adab.
Selain itu, barat memandang islam hanya sebgai agama. Menurut Dr Hamid Fahmi Zarkashi dalam bukunya Misyikat‘’ agama dalam pengertian mereka adalah dogma-dogma yang di pegang secara keras dan kaku atau secara fundamental’. [3] ini bole menyebabkan kesukaran untuk mahasiswa muslim untuk melaksanakan kehidupan secara islam sepenuhnya disebabkan barat hanya melihat islam hanya solat puasa, dan hal-hal berkaitan dengan ibadat khusus sahaja. Ini bole disimpulkan bahawa muslim haruslah mengelak dari terikut dengan budaya barat yang tidak berpegang kepada agama.
Selanjutnya  bagi mahasiswa muslim hendaklah memahami konsep keilmuan barat dan islam. Hal ini seperti disimpulkan oleh sedara Mustafa dalam jurnalnya, bahawa “ Barat akhirnya cenderung menolak status ontologis objek-objek metafisika dan lebih memusatkan perhatiannya pada objek-objek fisik (positivistik), epistimologi Islam masih mempertahankan status ontologis yang tidak hanya objek-objek fisika, tetapi juga objek-objek metafisika. Perbedaan cara pandang serta keyakinan terhadap status ontologis ini telah menimbukan perbedaan yang cukup signifikan di antara kedua sistem epistimologi tersebut dalam masalah-masalah yang menyangkut soal klasifikasi ilmu dan metode-metode ilmiah.”[4]
Maka disini, dapat kita katakan, muslim bebas untuk melanjutkan pengajiannya di mana-mana sahaja pusat ilmu, sama ada timur, barat sehinggakan belajar dinegeri kita sendiri pun perlulah memahami dan menguasai dahulu worldview islam. Seperti ditegaskan oleh Dr Hamid Fahmi dalam buku nya kritikan terhadap model pembacaan kontemporer bahawa “jika muslim itu tidak menguasai worldview islam dan konsep-konsepnya maka tentangan pemikiran akan bertapak negative.”[5]

sebelum saya mengankat pena ini elok juga kita hayati firman Allah Taala.

 seperti yang terdapat dalam Qs Al Mujadalah ayat 11:
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
Artinya :
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan beberapa derajat (Q.s. al-Mujadalah : 11)




rujukan:



[1] REPUBLIKA.CO.ID, Friday, 21 November 2014, 17:41 WIB
[3] DR Hamid Fahmi Zarkasyi , Misykat. Hlm 88.
[4] Mustaffa, jurnal PERBEDAAN PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN BARAT DARI SUDUT METODOLOGI KEILMUAN.

[5] Dr Hamid Fahmi Zarkasyi, kritikan terhadap model pembacaan kontemporer. Halaman xxi.

Sunday, April 5, 2015

Aku di gontor: i'm at gontor



Today i would like to share to all of you about my experience at the gontor.

not a long story but just foto to show what i feel...:) 














thank you for your view my blog.

ok2..lepa ni kita tulis lagi..
pena harus bergerak kalau tak nanti dakwat beku kan.
sekian.