Saturday, July 30, 2011

apa diaaa nie.....sedy weh,,

sekali lagi,,terkejut aku,,ni apadya ni,,,sedy laa baca tgk,,mana perginya nilai-nilai kita sebagai umat islam yang terkenal dgn sifat mulia,,,aku ckup-cukup tak setuju la car nie,,tak kira la depa nie gengn mana pun,,amattttttt tak sesuai untuk tatapan umum,,,cer baca nie..

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menerima ‘hadiah’ pakaian dalam berupa dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia negeri, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Guan Eng dan Wei Aik sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin Kerajaan Negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri yang selama ini tidak bela nasib kami” katanya kepada media di tingkat 3, Komtar, semalam.

Selepas sidang media, Mohamed Ghani masuk ke ruang menunggu di tingkat 3, Komtar untuk menyerahkan pakaian dalam itu kepada wakil Guan Eng, namun terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam bagi menantikan wakil Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, tiada seorang pun wakil yang sanggup menerima ‘hadiah’ berkenaan menyebabkan Mohamed Ghani mengarahkan pengikutnya untuk menggantung coli serta seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Guan Eng.

Sebelum ini, Mohamed Ghani serta pengikutnya pernah beberapa kali menyerahkan ‘hadiah’ bagi menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa tindakan Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak membela nasib rakyat Pulau Pinang serta menindas kaum Melayu dan mengamalkan per­kauman.

Mohamed Ghani juga beberapa kali cuba ‘menyerang’ Kerajaan Negeri dengan, antaranya, membuat kacau di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa bulan lalu.


so??pikiaq mek laa,,budak yang umur 5,6 taun belajar baca paper,,jumpa berita nie,,apa nak kata kalau dya tanya,,ya Allah..just pendapat peribadi,,tapi aku xkesah laa kalau ada yang menyokong tindakan ni,,terpulang,,pendapat ku je.:)

p/s~sinar harian

Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAH YA RAMADHAN

salam...moga kita semua terus menerus berada dibawah naunganNya......
insyAllah sekali lagi kita akn menyambut bulan yang penuh keberkatan dan maghfirahNya(keampunan Allah.dan merupakan ramdhan yang ke-21 untuk aku..:).....
seperti biasa,,aku harap sngat puasa kita tak di 'niatkan' sebagai adat semata-mata,,atawpun hanya tahan makan dan minum semata-mata,,laaaa tak kan lupa kot,,(melayu mudah lupe!!)hadis ni “Berapa banyak orang yang berpuasa namun ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga…” (HR. Bukhari dan Muslim)
so?hehe..da ingat sumua?ok..
Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w  
pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu
puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu
bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah)
Allah banyak nya manfaat bulan mulia nie,,ish noo,,kalau kita masih lagi xdapat memahami apa dya yang nabi dk cerita ni,,tak taw la kan,,teruk gak tu,,hehe,,org len laa,apa pun moga kita semua amik paham akan apa yang di ceritakan nabi nie...:)
jom kita plus-plus kan ibadat kita nie,, aku rasa laa kalau kita PUSING 260 DARJAH Aktiviti KITA dengan memperbanyakkan ibadat di bulan puasa ini.subhanaAllah besar nye balasan Allah bagi kat kite..:).hhaa ni:2 perkara je yang aku rasa kalu kita pusing ataw tukar amalan nie insyAllah buleh khatam kot AL_QURAAN...
1st~ber'chating2(cathing bende yang tak de faedah la kan) toooooo time read AL_QURAAN..
2nd~ber'sms'(yang xde faedah) toooooo baca al-quraan..
okkkkk tak??ada berannn????
tepuk dada tanya iman...:)

selamat beramal..anggap lah ini ramdhan terakhir kita...