Sunday, June 23, 2013

Nasihat 3 ---jangan jadi spt haiwan



pesan ayahnda kali ni, untuk kita anak muda 
jangan jadi seperti haiwan ok!!!!


""Jangan celik mata terus cari makan. Itu bagaikan haiwan.

Bangun pagi, kita harus ada fitrah Islam – celik mata sahaja ingat pada Allah.

Orang beriman celik mata, sembah Allah dulu. 

Sebab apa? Sebab 8 jam tidur kita, kita tak pernah ingat pada Allah.

Jadi bila celik mata, kita mesti ingat pada Allah semula dengan ambil wuduk dan sembahyang.

Serahkan segalanya pada Allah – dan ingat Allah selalu.

Senyum""

~~ ayhanda

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man 

nasihat 2-racun mentua


Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…

Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat?

Senyum Jumaat





Lagi isi tersirat untuk alkisah tadi...

Wahai anakku,
Ada masa, kamu tidak dapat lagi daripada meracun diri sendiri dengan teori konspirasi yang hanya wujud di kepala kamu sendiri sedangkan tiada orang yang berniat sedemikian rupa di luar.

Sekiranya kamu dah terkena racun diri sendiri dan teori konspirasi mainan minda sendiri, cubalah tarik nafas panjang dan bertukar pandangan dan memokus kepada kerja yang ada di tangan. Hentikan berhujah mengenai teori konspirasi tersebut. Jangan biarkan dirimu terus menelan racun air liur akibat bayangan teori konspirasi di minda sehingga mempercayainya seperti sesuatu yang pasti berlaku.

Wahai anakku,
Jika kamu benci pada seseorang, cubalah cari benda yang baik untuk dipuji padanya. Nescaya jika dibuat berulang-ulang, perasaan benci itu akan pudar – dan hidup kamu akan kembali tenang.

Wahai anakku,
Sedarlah bila kamu membenci seseorang, yang tidak tenteram hanyalahmu, dan bukan si dia yang dibencimu.

Salam sayang daripada ayahanda. Senyum
~
Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man







nasihat 1


Wahai anakku,
Janganlah kamu bermalam dengan dosa-dosamu, melainkan engkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian. Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu, tulislah segala hutang-hutangmu, dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata-mata kerana kamu lihat kelebihannya.

Wahai anakku,
Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?

Wahai anakku,
Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa-dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.

Wahai anakku,
Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia-siakannya dengan perkara yang tidak mengun-tungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. Zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu.

Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.

Senyum.

*insyaAllah akanku nukilkan nasihat tuan guru Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

insyAllah nasihatnya amat bermakna bagi kita..moga bermanfaat..

~230613-1245am

Thursday, June 6, 2013

istiqomah selalu boh...

assalamualaikum.......
Allahurabbi, lama nya rasa tk up date blog nie, dah bersawang kot kalau rumah lama tu.
nk bagi alasan memng banyak, tapi tu la mana ada alasan bagi orang rajin kan.hehe
tak pa-tak pa, nie sekarang aku dalam minggu peperiksaan, nie tengah stdy la kononnyakan, :D

bila tiba musim exzam nie, pastinya menjadi medan terbaik untuk kita menunjukkan sejauh mana kefahaman kita dlam kelas kan, ye la nak dapat cemerlng kn, sapa tak mau,..:) mak mana tak gembira melihat anaknya berjaya...

tapi................ satu benda kene ingat, mestilah meletkkan juga (kalau-kalau kita gagal) apa akan kita buat
untuk apa pula??bukan kah kita mesti berfikiran positif...
yess!!betul, hanya untuk persediaan, sebab hidup penuh dengan ujian, tak semestinya gagal dalam peperiksaan gagal selamanya..munkin soalan yang masuk xzam tu kita terlepas pandang.
so?? takde istilah kegagalan dalam islam selepas kita berusaha dan bertawakkal!!

baik!!ikhlas kah kita? semoga musim ini antara masa yang terbaik untuk terus iostiqomah 
dalam melaksanakan ibadat... solt hajat, memperbanyakkn bcaan al-quraan, tahajjud
semua tu kan memang sinonim bila time naak xzam, lepas xzam semuanya hilang cikit demi sedikit..
moga kali ni kita semua terus istiqomah.
masa ni yang paling sesuai..setuju!
ok sebab apa?
1- dalam bulan rejab
2- bulan sya'ban
3-ramdhan in waiting.
jadi..i'Allah berkat bulan-bulan nie kita trerus istiqomah untuk sepanjang tahun...

Salam imtihan..... moga kita semua suksesss di dunia dan akhirat..

"Adakah patut kamu menyangka bhwa kamu akn masuk syurga padahal kamu belum kpd ujian dan cabaran yg telah sampai kpd org2 terdahulu drpd kamu?mereka telah ditimpa kemiskinan,penyakit serta ancaman musuh shgga mereka berkata,'bilakan akan dtg pertolongan Allah?',katakanlah olehmu bhwa pertolongan Allah itu sgt dekat asalkan kamu bersabar dan istiqamah mmegang agama Allah."(Al-Baqarah 1:214)

doa ibu dan ayah mengiringi daku...ma kasih mak ayah...

~bk 3.1 fakulti fpqs usim 060613