Sunday, June 23, 2013

nasihat 1


Wahai anakku,
Janganlah kamu bermalam dengan dosa-dosamu, melainkan engkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian. Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu, tulislah segala hutang-hutangmu, dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata-mata kerana kamu lihat kelebihannya.

Wahai anakku,
Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?

Wahai anakku,
Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa-dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.

Wahai anakku,
Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia-siakannya dengan perkara yang tidak mengun-tungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. Zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu.

Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.

Senyum.

*insyaAllah akanku nukilkan nasihat tuan guru Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

insyAllah nasihatnya amat bermakna bagi kita..moga bermanfaat..

~230613-1245am

No comments:

Post a Comment