telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup di dunia ini
yg selama ini sering disalah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati
ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yg gembira hingga terlupa
ada yg berduka tetapi gembira
terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
kekadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang dimata
kuturutkan jua hati yg buta
kupasrahkan padaMu Tuhan
segala yg akan berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidak ku kesesatan
dari jalan syurgaMu yg diidamkan
kerana tidak ku terdaya menahan seksa neraka
tidak pula layakku ke syurga
ku hanya hamba yg diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yg melimpah didepan mata
mencari erti hidup di dunia ini
yg selama ini sering disalah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati
ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yg gembira hingga terlupa
ada yg berduka tetapi gembira
terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
kekadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang dimata
kuturutkan jua hati yg buta
kupasrahkan padaMu Tuhan
segala yg akan berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidak ku kesesatan
dari jalan syurgaMu yg diidamkan
kerana tidak ku terdaya menahan seksa neraka
tidak pula layakku ke syurga
ku hanya hamba yg diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yg melimpah didepan mata
subhanAllah..banyak pngajaran dari lyrik lagu ni...
jauhnye perjalanan hidup ini...:(
No comments:
Post a Comment