Saturday, July 30, 2011

apa diaaa nie.....sedy weh,,

sekali lagi,,terkejut aku,,ni apadya ni,,,sedy laa baca tgk,,mana perginya nilai-nilai kita sebagai umat islam yang terkenal dgn sifat mulia,,,aku ckup-cukup tak setuju la car nie,,tak kira la depa nie gengn mana pun,,amattttttt tak sesuai untuk tatapan umum,,,cer baca nie..

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menerima ‘hadiah’ pakaian dalam berupa dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia negeri, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Guan Eng dan Wei Aik sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin Kerajaan Negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri yang selama ini tidak bela nasib kami” katanya kepada media di tingkat 3, Komtar, semalam.

Selepas sidang media, Mohamed Ghani masuk ke ruang menunggu di tingkat 3, Komtar untuk menyerahkan pakaian dalam itu kepada wakil Guan Eng, namun terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam bagi menantikan wakil Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, tiada seorang pun wakil yang sanggup menerima ‘hadiah’ berkenaan menyebabkan Mohamed Ghani mengarahkan pengikutnya untuk menggantung coli serta seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Guan Eng.

Sebelum ini, Mohamed Ghani serta pengikutnya pernah beberapa kali menyerahkan ‘hadiah’ bagi menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa tindakan Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak membela nasib rakyat Pulau Pinang serta menindas kaum Melayu dan mengamalkan per­kauman.

Mohamed Ghani juga beberapa kali cuba ‘menyerang’ Kerajaan Negeri dengan, antaranya, membuat kacau di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa bulan lalu.


so??pikiaq mek laa,,budak yang umur 5,6 taun belajar baca paper,,jumpa berita nie,,apa nak kata kalau dya tanya,,ya Allah..just pendapat peribadi,,tapi aku xkesah laa kalau ada yang menyokong tindakan ni,,terpulang,,pendapat ku je.:)

p/s~sinar harian

No comments:

Post a Comment