Sunday, April 26, 2015

Terus jalan....harus hidup..ayukk

senyum je..masalah itu ujian..





Engih.. engih.. itulah ungkapan yang selalu bermain dalam kalangan masyarakat jawa disini.. walaupun aku ngak bisa paham kesemuanya, hnya beberapa kalimah, tapi aku cukup senang disini. ye, tak dinafikan dinegeri sendiri itu indah lagi. bagi aku di mana pun kita, harus bisa menesuaikan diri.
engih, malam ni aku terus berjalan dengan sejuta harapan sambil hati mendoakan kesihatan ibuku yang sudah dua hari tidak sihat. semoga ibu diberi kekuatan. jagan risau anak bongsumu ini.

Semoga mak and ayah sentiasa sihat ya.l




InsyaAllah besok munkin penentu, samaada terus disini, atau dihantar pulang(minta jangan la) dimalaysia makin sulit status latihan industri kami, yaAllah semoga Allah pemudahkan.. 

Engih... kami hanya tinggal 5minggu berbaki, andai pulang entah apa2 lagi ni. Harapan kali ini cukup tinggi. Semoga dipemudahkan urusan yaAllah..
Engih... perjalanan malam ni bakal melewati serangan(macam cameron la kot kt malaysia) sejuk kot. Kalau datang gontor ponorogo jangan lupa ke serangan.. terbaikkk. InsyaAllah.
Engih... apa pun berlaku, kami harus melalui pengalaman yang bagi aku sangat tinggi nilainya..
Hidup harus diteruskan..
Perjalanan masih jauh,
Engih... andai itu takdirku aku terima..
Sekadar itu coretan aku,..
Aku bukan penulis, sekadar perkongsian..
So, kalau ayat terbang merata tu biasa la.. penulis yang tulis ikut mod je. Hehe

Sebelum aku melepaskan pena ini elok juga kita tadabbur dan hayati ayat bawah ni sebgai pengubat seorang mukmin..

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Atas mobil
Gontor(Ponorogo) -jogja
26042015

Friday, April 24, 2015

KWSP dan Hukum nya

KWSP? Banyak soalan yang pembuat dasar ni kena jawab di akhirat. Saya dah confirm akan buat tuntutan, dan saya yakin lagi ramai akan tuntut hari kiamat. Dunia sekarang ni, mungkin saya tak kenal dan tak tahu sapa punya idea, angkara dan siapa punya 'akalan' buat dasar zalim ni, tapi di akhirat nanti semua akan kenal sebab Malaikat heret dia duduk depan untuk sapa-sapa nak buat tuntutan.
Saya pernah di'betul'kan oleh seorang pegawai KWSP bila saya komen 'encik! yang saya nak minta ni duit saya, bukan duit kerajaan'. Dia jawab: "encik, ini untuk masa depan encik juga bila pencen nanti. Lepas pencen boleh buat rumah besar". Saya jawab: "Saya perlukan rumah sekarang sebab anak-anak sedang membesar".
Moral: itulah komen bila tak tahu hadis nabi saw:
دعوا الناس يرزق بعضهم بعضا
Biarkan orang ramai tentukan rezeki (wang masing-masing) untuk digunakan sesama mereka.
Kalau Tas'ir (penetapan harga) pun nabi tak berani campur takut disoal pada hari kiamat, inikan pula duit orang kita sibuk-sibuk nak ambik dan nak tentukan bila dan untuk apa.
Kalau tidak kerana KWSP, saya tak perlu pinjam bank untuk beli tanah. Harga tanah RM200,000 hutang bank, interest hampir RM100,000 apa sangat dengan dividen KWSP sebanyak 2% hatta 10% pun.
Itu tak kira lagi susut nilai kuasa beli wang (depreciation). Hari ini RM200,000 dapat beli sebidang tanah, nanti selepas 20 tahun hanya mampu beli 100 lori tanah merah sahaja. Kalau kita keluar duit tu hari ini dapatlah tanah sekeping setengah ekar, tapi masa umur 55 tahun nanti, bukan kata tanah setengah ekar, nak tambak tanah dengan 100 lori pun tak cukup. Anda ingat mustahil ke susut nilai matawang boleh ke tahap ini?
Saya akan tuntut di akhir akhirat dengan pembuat-pembuat polisi zalim ini.
- Zaharudin Muhammad.
Presiden GESA.
Nota: sapa-sapa yang setuju tak ada masalah, maka serahlah duit anda dengan kerajaan kerana mungkin anda tiada keperluan terdesak. Tapi jangan paksa orang lain serah duit dia kepada kerajaan untuk diguna oleh korporat buat bisnes

menikmati ujian- visa ah visa



Alhamdulillah..hari ni 23/04/2015. Hari ke-68 di indonesia.
Kami diuji dengan kesalahan diri kami sendiri munkin, atau pun disebabkan ketidak pekaan kami tentang hal ini. Demikian ujian yang menimpa kami apabila dikhabarkan oleh bapak di kantor imigrision yang visa kami sudah 7hari xpirednya. Ditambah pula 300k rupiah dendanya sehari,yaAllah.. kami datang dengan biai sendiri.bayangkan 30 idarabkan dengan 8+ os tambah tempoh visa hmpir 3juta kos semuanya.lebih kurang Rm 800-1000.
Sentap.habis plan untuk rehlah diakhir praktikal nanti. K.dah. sekrang dah on the way ke ponorogo untuk setle kan visa kami...zzzhhh.
Alhamdulilah..
Hati diubati dengan ingatkan diri dengan islam. Islam itu indah, lihatlah orang yang levih dasyat ujian nya dari kamu kan..alhamdulilah.kecik ja ujian kami..
Ayuk... zikrillah..
Sobar.redha.back to fitrah.
Ini lah kehidupan..


**Sedikit tips..
Untuk visa sosial ke indonesia.
Please kira 60 tu start dari hari kita masuk negara tersebut bukan pada xpired date di visa ok.done.
Denda habis. Tarikhnya. Satu hari 300k
Sekian coretan kali ini..

23042015/ 1625
Jogja-gontor(ponorogo)-jogja
Dalam van(RP155k)
Tengok molek nih, 60hari tu kira hak hijau tu, bukan xpired date sebelah kiri tu

Tuesday, April 21, 2015

Sakit uhh Di Sini



Dunia hari ini memaparkan ramainya yang hati lebih sakit dn lebih parah dari sakit lahiriyah.. buktinya  Bila kita lihat kembali, apa yang berlaku dalam diri kita sebenarnya bertitik tolak dari hati. Hati kita kan diibarat sabagai raja dalam dariri kita. Seperti mana hadis nabi dalam kitab arbain (40)hadis uimpunan al-imam Nawawi.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Kite sering mendengar,kita juga sering merasai..
Ramainya nya manusia didunia ini berpecah,
Ramainya iri hati,
Ramainya Stress,tertekan,
Ramainya yang berbalah,
Ramainya yang merasakan dirinya bagus,
Ramainya manusia yang belagak sombong,
Semua yang berlaku didunia ni semuanya hasil dari refleksi hati.betol dak, sengaja saya letakkan yang negetif itu asalnya dari hati. Ingat bila hati dah mati,dah sakit akan Allah tambahkan lagi sakitnya hati itu kan.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.(QS.2:10)
Demikian, jangan kita lupa orang alim,ramai orang mukmin yang hidup mereka kelihatan tenang, aman, itu lah hati yang sebenar yang sentiasa ingatkan Allah.

Sedikit tentang hati.hati kita terbahagi pada 3 kan ulama bincang.:
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Sebelum akhir, ingat lah sahabat firmanya……
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Sedikit Tips…
SELALULAH MERASAI ‘SAKIT TUH DISINI’
Supaya timbulnya sikap untuk sentiasa merubati hati dan ingat padaNya bila hati dah sakit..amenn.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini..marilah sama-sama kita jaga hati supaya kehidupan kita aman dan diredhoinya.amen…



Sunday, April 19, 2015

sekadar coretan sore

Aku tidak mengharap ramainya viewer tapi cukuplah perkongsianku ini dijadikan asbab Allah memandangku dengan rahmatnya..ameen..

Ramai yang selalu bertanya, lokman hang dah berapa  orang folowwer, dah berapa ramai viewer,  dengan selambenya aku jawab, nanti aku dah pergi baru orang view kot. Itulah yang aku harapa kan tak banyak ada benda aku nak share kat sini. Disini jugak akan ku kongsikan pengalaman pengalaman yang bole kita ambil iktibar dan ibrah.insyaAllah sepatah kita tulis Allah nilai kan.


Sabda nabi  “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” ~hadis Riwayat Muslim~

 Senyum...

Demikian makna hadis salah satu nya, ilmu yang bermanfaat kan. Bukankah ilmu bermanfaat itu adalah yang membawa kita dekat kepada sang pencipta? insyaAllah walaupun dalam  post2 yang aku share ni tidak lah seilmiah mana tapi aku yakin aka n ada sedikit yang bermanfaat.

Hadis nabi kan  “Sampaikanlah dariku waau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

insyaAllah, semoga kita tergolong dalam kalanagan tabliq, menyampaikan.


Pena harus bergerak, ummah perlukan kita,kita juga perlukan ummah. Hidup tidak bersendirian.
Akhirrrr kalam, salam muhasabah
Hari masih hujan tak kala bunyi seksofon menghalusi halwa telinga..


Salam dari Universitas islam Indonesia
Asrama Putri lantai 2

18 April 2015 Jam 1721

Monday, April 13, 2015

Hari Last di UNIDA GONTOR



Alhamdulillah setelah dua bulan kami di sini, bnyak sangat catatan menarik yang perlu kami bawa ke malaysia. Di sebab kan line dekat tempat baru aku macam siput sedut, maka aku post gambar sepanjang perjalanan kami dari gontor-mantingan(gontor putri ya)-uii jogja sahaja.
insyaAllah, kalau jumpa intenet laju akan ku teruskan perkongsian kami di sini.
cadangnya mahu bina satu library online,mohon doa kalian semua. doa kan jumpa wifi atau data nya yang laju ya.hehe
ok.selamat...





Depan Rumah pak Hamid( DR Hamid Fahmi Zarkasyi)

kantang bangat sey,depan Gontor Putri Tu.haha

No Caption

gaya pun jadi la



Wakil dari Dosen(pensyarah) Gontor Putri

last sebelum berngkat depan UNIDA




terbaik da. semuanya masih single but not available ehhh?(13/4/2015) 

library UNIDA

Bersama ustaz saifullah Dosen unida 

yang ni penting, antara orang kuat UNIDA gontor
DR Dihyatun Masqon M,A
Vice Rector for International Relation



ok.sekian..untuk hari ni..k bye......insyaAllah pena ku terus bergerak bersama ummah.
0536 pm
13042015
uii jogja

Thursday, April 9, 2015

kertas kerja seminar qiraat antarabangsa unisza 2010

kertas kerja ini mengandungi keseluruhan kertas kerja seminar tersebut.

http://www.4shared.com/office/kiTe3tIRce/seminar_qiraat_antarabangsa_un.html