Saturday, December 22, 2012

MUSIM PEPERIKSAAN/IMTIHAN

assalamualaikum......
alhamdulilah...akhirnya sempat jugak aku up date blog ni setelah sekian lama
 aku menangguhkanya..bukan apa, laptop masaalah cikit.di tambah pulk ujung sem ni,
hehe..biasa la ujung-ujung sem ni bz ckit..antaq asaiment laa kata kan..adatnya dan kebanyakkan lelaki akan buat kerja last minute...hahah

sebenanya banyak nak kongsi, macam biasa laa tujuan aku buat blog ni nak kong si ilmu ,
mcam mana yang nabi kita anjur tu


  (بلغ عني ولو أية.. .. (إلى أخر حديث
(Maksudnya: Sampaikan daripadaku (Nabi Muhamad) walaupun satu ayat…(Sehingga habis habis)

alhamdulilah..aku da berada dalam minggu mengulangkaji skg ni, minggu depan nak peksa dah..

minggu lepas antara minggu yang bermakna sekali, pa bila boleh dikatakan semua guru-guru kami akan memberi nasihat terakhir...antar nya
#jaga lah agama Allah..
#gembirakan hati ibu bapa kamu
#berusha lah bersungguh-sunguh,mana munkin kapal layar mampu berjalan atas jalan raya kalau tak diusahakan ke laut
#yang pasti dari awal aku menuntut ilmu dan di musim exzam ni pastinya akan diingatkan yang belajar bukan untuk peperiksaan,tapi untuk ilmu..peperiksaan adalah wasilah untuk kita mendapat ilmu....

moga bermanfaat bagi aku dan kamu yang membacanya....
maaff sgt aku bukanlah seorang ahli sustera yang ayat-ayatnya power..heheh
aku hanya lah manusia biasa yang mencari keredhoaannya.
dan satu lagi moga diri ini dan sahabat2 mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..aaminnnn
sekian...by abu mnsur al-nakha E
~11.29 pm/22122012

Monday, November 5, 2012

jom kenal imam hadis yang muktabar

salam..uittttt...lama dah kot tak update.
picture ni xde kene mengenepun..yang ni tokoh......................hahaha...
haa..hari ni timbul lak kesedaran untuk mnegenali imam-imam hadis secara umum dulu,,,atleast kenal la nama-nama mereka ni.. Allah banyak betol pengorbanan mereka dulu kan...aku pun copy=paste jugak ni..cari maklumatkan.hehe..macam biaslah imam hok mula-mula sekali ni imam bukhori lah...




01 . Imam Bukhori (m.256 H).

Nama beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhori.

Lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194 H.disebuah desa di Bukhara Asia Tengah.Beliau seorang ahli hadith yang menghabiskan umurnya khusus untuk mengumpul hadith-hadith Nabi yang ketika itu masih bertaburan didalam dada Ulama’beliau menjelajah ke beberapa Kota desa dan daerah-daerah Islam,demi untuk mengumpul ,meneliti matan dan sanad hadith.kemudian di tulis dalam kitabnya yang masyhur “sahih Bukhari”

Diriwayatkan bahawa beliau menulis sentiasa dalam keadaan berwudhu’dengan air zam-zam dan didahului dengan sembahyang sunat dua rakaat di Makam Ibrahim. Beliau juga sempat mengajar di Makkah seramai 90.000 orang yang mendengar dari mulutnya sendiri.kitab bukhari dianggap paling sahih dan nombor dua di bawah Al-Qur’an.

Beliau meninggal di Bukhara desa kartank di Samarkan tahun 256H.dan bermakam di situ.


02. Imam Muslim ( m.261H )

Nama beliau ialah Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi salah seorang ahli hadith yang terkenal.Telah mengumpul 300.000 hadith,tetapi setelah disaring beliau tuliskan dalam kitabnya “Sahih Muslim” sesudah dikurangi yang berulang kali adalah 4,000 hadith.

Umat Islam telah bersatu pendapat bahawa hadith-hadith dalam kitab Muslim adalah sahih dam menjadi sumber hukum.Ditinjau dari sudut susunan bab dan fasalnya kitab sahih muslim ini nombor satu.walaupun dari segi sanadnya ditempat kedua selepas Bukhari.

Beliau meninggal tahun 261 H. di Nisabur sebuah negeri di Persia.


03. Imam Tirmizi ( m..267H )

Nama lengkap beliau ialah Abul Hasan Muhammad bin Isa berasal dari desa Tirmiz di-pantai sungai Jihun di bukhara.Kalimah “Tirmizi” boleh dibaca tiga macam,iaitu “Tirmizi” “Turmuzi” dan “Tarmizi”

Kitab hadith sahih Tarmizi adalah besar mengandungi beribu hadith Nabi.Ia di syarah oleh Ibnul ‘Arabi al-Maliki’ sebesar 13 jilid.

Beliau lahir tahun 209 H.dan meninggal tahun 267 H. dan kitabnya yang masyhur ini termasuk dalam senarai “sunan sittah”( Bukhari,Muslim,Abu daud, Tirmizi,Nasa’I dan Ibnu Majah.


04. Imam Nasa’I (m.302 H)
Nama lengkapnya Abu Abdirrahman Ahmad bin Syu’ib bin ‘Ali bin Bahar bin Sizam bin dinar al-Nasa’I al-Syafi’i.

Beliau lahir disebuah desa bernama “Nasa” di daerah Khurasan ( Asia Tengah ) pada tahu 214 H.Beliau belajar di beberapa Kota dan Negeri Islam dan terkenal dengan gelaran jolokan “al-Huffaz” ( banyak menghafaz Hadith ).

Beliau meninggal di Ramallah,sebuah desa di Palestin dan bermakam di permakaman Baitil Muqaddas pada tahun 302H.



05. Imam Abu Daud.(m.275 H)

Nama beliau ialah Sulaiman bin al-As-Ath al-Sajistani al-Syafi’i.Lahir Pada tahun 202 H.Beliau mengumpul 50,000 hadith ,tetapi yang di tulis dalam kitab sunan Abu Daud adalah sebanyak 4,000 hadith sahaja.
Menurut Imam Ibnul arabi,andaikata tidak ada kitab di tangan seseorang,tetapi ada kitabullah dan sunan Abu Daud ,maka itu sudah cukup untuk ilmu pengatahuan.Beliau meninggal pada tahun 275 H.


06.Imam Ibnu Majah ( M.273 H )

Nama beliau ialah Muhammad bin Yazid Abi Abdillah Ibnu Majah al-Khuzaini,lahir tahun 207 H.Menurut Imam Muhammad bin Abdul Hadi ,pensyarah kitab Ibnu Majah bahawa hadith yang terkumpul dalam kitab itu sebanyak 4,000 .Ia termasuk kitab hadith yang enam,tetapi ada ulama yang mengatakan bahawa Ibnu Majah di tempat yang ke tujuh,sementara yang keenamnya ialah al-Muwatta’ bagi Imam malik bin Anas.



07. Imam Malik bin Anas (m.179 H)

Nama beliau ialah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Ansari,dan di gelari Abu Abdillah.Lahir di Madinah pada tahun 93 atau 95 H.Beliau seorang ulama’ tabi’in
(generasi kedua selepas sahabat) yang sangat alim.

Beliau mempelajari fiqh daripada Rabiah al- Ra’yi dan ilmu hadith daripadada ulama’-ulama’ ketika itu seperti Imam nafi’I Imam Syaibah al-Zuhri dan lain-lain.

Imam Malik terkenal dengan gelaran “Imam Darul Hijrah”.Pengasas mazhab Maliki dalam fiqh.Kitabnya al-Muwatta’ mengandungi banyak hadith yang dijadikan sumber hukum.Hasil usaha mengumpulnya selama 40 tahun setelah menghafal 100,000 hadith,kemudian disaring sanad dan matannya dan di tulis dalam Muwatta’ 5,000 hadith sahaja.Setelah selesai penulisan buku itu ditunjuk kepada 70 orang ulama’ pada zamannya dan menyatakan persetujuan.sebab itu di namakan “al-Muwatta’”.
(Kitab yang di persetujui)



08.Imam Ahmad bin Hanbal (m.241H)

Nama beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hilal al-Syaibani. Lahir di Baghdad pada tahun 164 H.Ibu Bapanya berasal dari Marwin Wilayah Khurasan
(Asia tengah) Pengasas mazhab Hanbali dalam fiqh,dan terkenal denga gelaran “Huffaz” dalam bidang hadith.Menurut Imam Abu Zur’ah Imam Ahmad menghafal satu juta hadith ini merupakan karomah allah yang di kurniakan kepada aulia’nya.Setelah di saring dari bermacam-macam segi hanya 40,000 hadith sahaja di tulis didalam kitab musnadnya,tetapi setelah di kurangi dengan tulisan yang berulang maka tinggal lagi
30,000 hadith.

Beliau sempat berguru dengan Imam Syafi’I dalam bidang fiqh,dan meninggal tahun 241 di Baghdad.


09.Imam Baihaqi (m.458 H)

Lahir pada tahun 384 H. Hasil Usahanya yang gigih dapat membukukan Beberapa kitab hadith.Antaranya yang termahsyur

1. Sunan Baihaqi
2. Syu’abul iman dan lain-lain

Beliau terkenal dengan ahli fiqh dalam mazhab Syafi’I dan pembela ‘itiqad ahli sunnah wal jamaah meninggal di Nisabur Persia bermakam di Baihaqi pada tahun 458 H.


10.Imam Syafi’I (m.204 H)

Nama beliau ialah Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin uthman bin Syafi’I bin Said bin ‘Ubaid bi Abdi Yazin bin Hisyam bin Abdul Mutalib bin Abdi Manaf al-Qurasyi al-Muttalabi

Lahir tahun 150 H.di Asqalan Palestin,kemudian dia di bawa ibunya kembali ke Mekah.Belajar di Mekah dalam usia 9 Tahun telah menghafal Al-Qur’an .Beliau berguru dalam ilmu hadith dengan Sufyan bin Uyainah Imam Malik bin Anas dan lain-lain.Beliau di anggap mujtahid mutlaq,pengasas mazhab Syafi’ i, bapa ilmu usul fiqh dengan kitabnya “al-Risalah”.Kitab al-Umm al-Muzanni dan lain-lain penuh dengan hadith-hadith.Meninggal tahun 204 H.Di mesir dan bermakam di Masjid Imam Syafi’ I yang terkenal di Kaherah.


11. Imam Daruqutni ( m. 385 H)

Nama beliau ialah Abu Hasan Ali bin Umar al-Daruqutni,seorang ahli hadith yang jarang di tandingi pada zamannya.Dalam bidang fiqh beliau bermazhabkan mazhab Syafi’ i.Kitab beliau sunan Daruqutni membuktikan kemahiran dan kecekapan beliau dengan hadith dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan hadith.sehingga beliau di beri gelaran “Amiirul mu’minin fi al hadith”.Diantara pelajarnya al-Hafiz Abu Nuim,Qadhi Abu al-Tayyib,Imam Tabari, Imam Abu Bakar al-Barqani dan lain-lain.Beliau meninggal tahun 385 H.


12. Imam Abu Nuim (m 430 H)

Nama beliau ialah Abu Nuim bin Abdullah al-Asfahani adalah seorang ahli hadith yang terkenal dan di percayai.Hadith-hadith beliau di pakai sebagai sandaran hukum.Pengarang kitab “al-Hulyah”.Lahir pada tahun 334 H.Meninggal tahun 430 H.Dalam usia 96 tahun di Asfahan (Persi) dan bermakam di situ.

Tuesday, October 9, 2012

Info Sihat: Gambar Menarik Molekul Air, Rahsia Air Kosong

 

suka untuk aku kongsikan bab air ni, ramai yang tak amek berat sal air ni kan, jom baca cikit bab molekul air ni..just share untuk diri dan orang lain..
Salam untuk semua, entri info sihat yang lepas adalah berkaitan tentang kebaikan minum air kosong. Sekarang saya ingin kongsikan pula tentang air kosong yang dibacakannya dengan ayat2 Al Quran yang mulia. Lihat gambar di atas! Subhanallah, cantik dan indah kan, itu adalah molekul air zam-zam. Dibawah dikisahkan tentang isi ceramah yang disampaikan oleh Ust Abdullah, seorang penceramah UM. Jom layan info menarik ni.. 

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan di bawah:

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).


Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"


Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Laluprofesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakahini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".


Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.


"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."


Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).


Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Beberapa Gambar Menarik Molekul Air

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.
Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan di depan sebotol air
 
Selain itu, jika kita sekadar menampal perkataan baik seperti ucapan terima kasih, juga membentuk molekul yang cantik. Begitulah juga jika sebaliknya.
Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukan kata "setan", kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar kanan).

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya


Apabila diperdengarkan muzik heavy metal :

Apabila disebut Adolph Hitler :

You Make Me Sick, I Will Kill You








Aktiviti

Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu
diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini saya nak ajar satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.

Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainy

a. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti
jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena "yakin".Insyaallah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".


#copy from http://www.mohamadazhan.com/2010/11/info-sihat-gambar-menarik-molekul-air.html

Saturday, September 15, 2012

perginya seorang sahabat (saiful )

sunggu ku tak sangka chating ku dgn aruah(saiful ashraf) 2,3 hari lepas adalah perbualan terakhiirku dgnnya..:( betullah ajal itu milik Allah...tiada siapa yg tahu hatta tok wali seklipun bila ajal kita kapan tiba.yang pasti MATI itu pasti..sudah bersediahkah kita?
 
benarlah sahabat, setiap kali ku mengingati mu pasti sebak..kamu sungguh istimewa..pergimu dalam keadaan yang sgguh manis,yg umat ini idam2idamkan syahid.Allah...
yang pasti kami sangat risau kan diri kami takut xdapat pergi sepertimu,dalam keadan menuntut ilmu.:(( moga saiful sahabatku di tempatkan dgn para syuhada...moaga kami sepertimu.
moga kamu bahagia di sana sahabat..kami bakal meyusul...
salam jannah...
 al-Fatihah....

Monday, June 4, 2012

Kembara Hidup DeHearty

telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup di dunia ini
yg selama ini sering disalah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati

ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yg gembira hingga terlupa
ada yg berduka tetapi gembira

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
kekadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang dimata
kuturutkan jua hati yg buta

kupasrahkan padaMu Tuhan
segala yg akan berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidak ku kesesatan
dari jalan syurgaMu yg diidamkan
kerana tidak ku terdaya menahan seksa neraka
tidak pula layakku ke syurga

ku hanya hamba yg diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yg melimpah didepan mata




subhanAllah..banyak pngajaran dari lyrik lagu ni...
jauhnye perjalanan hidup ini...:(
 

Saturday, June 2, 2012

hijau sungguh!!!

alhamdulilah aku bersama-sama mereka pada malam bersejarah bagi perjuangan islam di malaysia..macam perasaan aku mlm td...:)
cukup la gmbar menceriakan segala2nya..:)





  

Allahhuakbar!!!!

Monday, May 21, 2012

ber'make up'lah untukNa

salam,,,mcam biasa aku sentiasa doakan kalia sentiasa berada dibwah naungan syariaatnya..

dan teru menerus kita mencari hidayahnye, dan jangan lupa satu doa, 

ya Allah matikanlah kami dalam keadaan husnulkhotimah,

dan jauhkanlah kami dari mati dalam kecelakaanMu..

 aminnnn




haaa!!

petang nie,,aku nak kongsi satu ilmu cikit, tadi time kelas dakwah, Rahim membe aku suh tengok, ayat surah al-a'raf tu,ayat 31


((31.  Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[535]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.))

 dulu dk baca je,tak paham,tadi tgk2 tafsir, subhanAllah, Allah memg suruh haa kita pakai lawa-lawa p masjid, tapi jangan berlebihan cukup laaaa..

ok???? anda paham??

Pa yang aku nak cakap di sini ialah, jangan la dk berkira sangat dgn Allah,

kalu buleh tu baju 'pagoda' 24 jam masuk masjid(bagi lelaki laa),.

ok!!kali nie kita dah taw kan maksud ayat nie...

so,,,,,,selamat beramal...

jumpa lagi...

 

kalau tak disini di 'sana'...