Thursday, August 25, 2011

salam terakhir......IKBN


salam u all..hope korang suma sihat belako deh...:)
aku pn alhmdulilah masih diberi nikmat olehNye untuk meneruskan kn kehidupan di dunia ini..i'Allah moga-moga kita semua sebtiasa berada dibawahnaungan rahmat dan redaNya..
Da lama rasnya tak mengarang neh...bukan apa intenet dirumah masuk ayaq.hehe
al-maklum laa bulan ramdhan,nnt mak marah lak asyik online je kan,,org sibuk baca quraan nnt kita sibuk men'ngomen di facebook(fb) tu laa..
Alhmadulilah sedar tak sedar da 2bulan aku bergelar pensyarah sambilan di IKBN neh, cepat betul kan masa berlalu,umuq kita pn macam tu laa insyaallah tepat pukul 3.30 pm 25 ogos 2001 akan tamat la kontrak aku di sini.
Idok la aku di tamatkan tp aku yang nk tamatkan,,ye laa aku dapat tawaran nak sambung belajaq di USIM nu,,dulu dk ingat buleh la p timur tengah(jordan)tp macam-macam lak masalah,tp xpa bila kita yakin yang Allah da atur kan yang lebeh baik maka Sikap kecewa itu aku meleset la,,kan..kan..tak caya try la buat,,yakin kan yang perancangan Allah itu lebeh baik.:)
insyAllah sal jordan tu da ramai sahabt2 aku yg akan ke sana aku doa kan mike semua dapat teruskan perjuangan untuk mmartabatkan islam.aku dan sahabat2 lain kami aku teruskan disini.Takbirrrrr..ALLAH HU AKBAR.
apa lagi ye??banyak pullak asa nk kongsi tapi macam bnyka lak nanti,,bersambung laa episod seterusnya dengan izin Allah la.

Saturday, July 30, 2011

apa diaaa nie.....sedy weh,,

sekali lagi,,terkejut aku,,ni apadya ni,,,sedy laa baca tgk,,mana perginya nilai-nilai kita sebagai umat islam yang terkenal dgn sifat mulia,,,aku ckup-cukup tak setuju la car nie,,tak kira la depa nie gengn mana pun,,amattttttt tak sesuai untuk tatapan umum,,,cer baca nie..

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menerima ‘hadiah’ pakaian dalam berupa dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia negeri, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Guan Eng dan Wei Aik sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin Kerajaan Negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri yang selama ini tidak bela nasib kami” katanya kepada media di tingkat 3, Komtar, semalam.

Selepas sidang media, Mohamed Ghani masuk ke ruang menunggu di tingkat 3, Komtar untuk menyerahkan pakaian dalam itu kepada wakil Guan Eng, namun terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam bagi menantikan wakil Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, tiada seorang pun wakil yang sanggup menerima ‘hadiah’ berkenaan menyebabkan Mohamed Ghani mengarahkan pengikutnya untuk menggantung coli serta seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Guan Eng.

Sebelum ini, Mohamed Ghani serta pengikutnya pernah beberapa kali menyerahkan ‘hadiah’ bagi menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa tindakan Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak membela nasib rakyat Pulau Pinang serta menindas kaum Melayu dan mengamalkan per­kauman.

Mohamed Ghani juga beberapa kali cuba ‘menyerang’ Kerajaan Negeri dengan, antaranya, membuat kacau di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa bulan lalu.


so??pikiaq mek laa,,budak yang umur 5,6 taun belajar baca paper,,jumpa berita nie,,apa nak kata kalau dya tanya,,ya Allah..just pendapat peribadi,,tapi aku xkesah laa kalau ada yang menyokong tindakan ni,,terpulang,,pendapat ku je.:)

p/s~sinar harian

Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAH YA RAMADHAN

salam...moga kita semua terus menerus berada dibawah naunganNya......
insyAllah sekali lagi kita akn menyambut bulan yang penuh keberkatan dan maghfirahNya(keampunan Allah.dan merupakan ramdhan yang ke-21 untuk aku..:).....
seperti biasa,,aku harap sngat puasa kita tak di 'niatkan' sebagai adat semata-mata,,atawpun hanya tahan makan dan minum semata-mata,,laaaa tak kan lupa kot,,(melayu mudah lupe!!)hadis ni “Berapa banyak orang yang berpuasa namun ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga…” (HR. Bukhari dan Muslim)
so?hehe..da ingat sumua?ok..
Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w  
pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu
puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu
bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah)
Allah banyak nya manfaat bulan mulia nie,,ish noo,,kalau kita masih lagi xdapat memahami apa dya yang nabi dk cerita ni,,tak taw la kan,,teruk gak tu,,hehe,,org len laa,apa pun moga kita semua amik paham akan apa yang di ceritakan nabi nie...:)
jom kita plus-plus kan ibadat kita nie,, aku rasa laa kalau kita PUSING 260 DARJAH Aktiviti KITA dengan memperbanyakkan ibadat di bulan puasa ini.subhanaAllah besar nye balasan Allah bagi kat kite..:).hhaa ni:2 perkara je yang aku rasa kalu kita pusing ataw tukar amalan nie insyAllah buleh khatam kot AL_QURAAN...
1st~ber'chating2(cathing bende yang tak de faedah la kan) toooooo time read AL_QURAAN..
2nd~ber'sms'(yang xde faedah) toooooo baca al-quraan..
okkkkk tak??ada berannn????
tepuk dada tanya iman...:)

selamat beramal..anggap lah ini ramdhan terakhir kita...

Wednesday, June 8, 2011

Patut la orang tua-tua kata nak lentur buluh biar dari rebungnya...

salam....
hai...
hui.....
moga kalian trus-terus mnyinar bersama-sama nur islam...
aminnnn...
Setelah sekian lama menyepi ditengah-tengah kesunyian desa nie,baru mlm nie aku teingat akn blog kesayangan ku ini untuk mengeshare sesuatu. al-maklumlah memang la duk desa tapi sibuknye bleh tahan..heheh

Haaa...Rebung atau secara tafsilinya(terperinci) merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut,itu lah rebung..buluh??
dah tentu la yang da tua kan..hehe atau phon yang dah atang selepas rebung.
Rupa-rupanya banyak hikmah nya dengan pepatah tu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya',,mana idoknya,waktu rebung nie lah nk lentur biar dya jadi seperti yang kita nak,masih lembut,,(klu dibuat ulam pn sodap)hehe..maknanya kita manusia pn sama, nak didik anak, mestila bermula dari kecil,,time tu laa depa nie mudah ikut apa yang diajar,

janglupa pulak,,pastikan yang diajar itu sumanya putih,,maksud saya yang bek2 la,jang dk hentam ajar karokei terus,,abis la budak tu,kenal Allah dulu,,bak kata orang kg saya ISLAM FIRST!

Dah klu dah buluh tak leh da ka nk bentuk-bentuk menjadi comei??
o0o0,,kalau dah buluh bukannya tak buleh,,cuma lambat cikit la cek,,kena kerat sana,potong cini,paku bawah,,ketok kot atas,,baru la nak jadi,,tue pn belum tentu ha,,kadang-kadang tu senget jugak xlurus...ork..

Manusia pun sama la macam tu laa,,da beso neh lambat la cikit nak betulkan dya,,tp xpa bagi yang dah beso,,nak jd lurus or jurus on aja....
ingat neh satu ayat ja Minta lah keampunan pada ku yakni Allah selagi mana matahari tidak kluar sebelah barat ataw nyawa berada di halqum...
ok??

o0o0o,,macam tu kan ..nampak simple je,,alangkah indahnya kalau setiap yang kitalalui itu kita kaitkan dengan pengabdian kita kepadaNya,,kan semua itu jadi ibadah,,dapat kebrkatan,reda Allah..
fuh!!!!!

nak apa lagi,munkin ini salah satu kaedah atau cara kita untuk mendapat redaNya..
matlamat hidup setiap orang beriman...mardotillah(mencari reda Allah)
kalau ada sebarang kemsuhkilan atau apa-pa yang berkaitan boleh la comen kt bawah neh..idea nie mai selepas terkena buluh petang tadi(8/6/2011)

Friday, May 6, 2011

salam terakhir......


salam...hai2,,jumpa lagi..hihih..rasa nya da lama kot tak terupddate blog ksygan ku ini....pa-pa oun moga kalian sihat dan sentiasa di bawah rahmatnya..aminnnn..
haa nie...satu benda yang wajib kena habaq,,alhmdullh syukur padaNya,030411 merupakan tarikh bermakna sekali bagi diri ini,,kerna berjaya jugak menamatkan pengajian diploma aku kt cini(UNISZA. haa tamat kt cini ja la,ilmu ttp kena cari wlapun da xsecara rasmi kan..kan.
Nak jugak aku cerita sedikit,pa yang dpt di hari2 last aku kt cini.antaranya nasihat dr ustz2,kawan2..dan ciniur aku kt cini.nampak cam cikit ja wasiat diowg neh,,tp subhanallah berguna sangat...
antaranya dari salah seorang ustzah,antum ingatlah kemana pun kita pergi, kemana pun kita dicampak kan lepas ni,jadi lah kita seperti benih yang sentiasa hidup. sentiasa bermanfaat kepada masyarakat sekeliling, dengan ilmu yg kita ada nie,,biar lah org kata ''ceh!!! belajar baru 3 taun da berlagak alim' sabar la sahabat2,motivat kan diri kita dengan hadisnabi nie,''sampaikanlah walaupun 1 ayat''..so??xde alasan la kan bagi kita..ayuhhh bangunlah pemuda sekalian,lahirkan semula jiwa2 sultan muhammad al-fateh,guna kan masa muda mu ni sebaik2 baiknya...ayuhhhh,ni antara semangat yang dibangun kan oleh Imam muda kita hari tu.


Bila da abeh kt belajor kt cini,,teringt lak kata imam syafi'e,cari lah ilmu yang bermanfaat,jd molek dah laa asa gn kos nie(pengajian islam),mustahil laa kan belajar tntg agama nie,xberkat,,rupanya2 meleset sama sekali pandangan ku,,apa yang di jelaskan oleh imam syafi'e tu,,yang bermanfaat itu,ialah bila belajar,menuntut nya,,dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.maknayna pngajian islam sekalipun klu sekadar mengejar pointer dok jd gak,,makin jauh diri kita dgn pencipta langit dan Bumi nie,,dah angpa semua kawan2 ku yang belajaq kos selain dri pengajian islam tu jangan la risau,semua ilmu itu bermanfaat laa,,dengan syarat,,kembalikan semua tu untuk mentaqarrub(mendekatkan diri) padanya.
aduhh..tu ja yanga aku igt,,asa macam banyak,,nnt aku ingat,aku tulis lagi ya...jadi minta maff banyak eh pda semua yanga mngenali diri ini,dan beribu-ribu terima kasih kapada sahabat2 yang bersama, sentiasa bersamaku dalam menempuh ranjau idup yang sementara ini.moga kito jumpo lagi ye pas nie,,insyaAllah,:( sebak lak ase nk tgl kan semua nie,,tp itu lah setiap pertemuan mesti ada perpisahanya,,xde yang kekal,,moga semua sahabat-sahabatku berjaya dan terus bersamam-sama kita memartabad kan kalimmah Allah..takbirr:)to be continue.......

Sunday, October 3, 2010

Cinta ke nie?



‘’boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui’.(2:216)

Salam……….
Da lama asenye aku tak pos kan sesuatu,,,bz sangat kot,, tp tue laa, dok kalut gn benda lain,,lagipun aku la nie taun last,nk on9 pun xdan,ye la wifi pun slow jew,pas tue tambah lak,gn tesis nya,asaimen nye,, plik2 lak tue kena wat vdeo,,perhhhh leh than laa,,1st time aku buat kan,da laa rabun IT..pe2 pun Alhmdulilh ciap gak,,,nt laa aku kongsi kt cnie…
Eh2,,sbenarnya nk kongsikan sebuah sajak ke ape tah kt bwh nie….hehe
Jom layannnnnnn…………………

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman

by Khazinatul Asrar


haaa! Macam mana ok??
Terma kasih pada yang sudi membaca..tinggal la sepatah 2kata sbagai keritikan untuk kebaikan bersama..:)

Sunday, August 29, 2010

Laaaa Dah T ue apa yang jadi masalah nya???


بسم الله الرحمن الرحيم..
Alhmdulilah,dapat lagi kita bersua dalam halaman yang xpernah sempurna ini,,yang sempurna itu hanya lah pada Nya yakni Allah...
sempat lagi kita melalui ramdhan kali ini sehingga ke hari inie,yang mana kita a ramai yang tidak sempat untuk bertemu ramdahn kali ini.da bersyukur juga dengan limpah kurnianya kita masih dibei kekuatan untuk terus melaksanakan tangungjawab kita sebagai seorang muslim.
haaa!!da 19 ramdhan hari ini(hari yang coretan ini di coretkan)hehe..
Ya Allah,cepatbeno lakan masa berlalu,,lagi 10 hari ramdahn akn tinggal kan kita,, asa macm baru semalam jew kan sambut ramdhan, itu lah salah satu tanda akhir zaman, apa pun kita mesti hadapi nya dengan penuh keimanan dan penuh harapan padaNya...
emm,,macam mana sahabat-sahabat ku,da semak lum ya, kualiti kita selama 19 hari berpuasa ni, masih kah puasa adat atau puasa seperti mana yang Allah suruh.haa.awat yang tanya macam tue,?? ya la mana tak nya sekarang nie semkin ramai yang berpuasa hanya ikt adat, hanya tahan makan dan minum semata-mata,orang lain puasa dya puasa la,,nk bagi sama dengan orang lain kan, betul laa macam nabi kata
''berapa ramai yang berpuasa,yang mana puasanya itu hanya lah sekadar mendapat lapar dan dahaga semata-mata""
ya Allah selamt kan kami dari tergolong denan golongan yang di maksudkan oleh kekasihMu itu..aamin...
jom layan seketika sekeliling kita apa yang terjadi,, pastu kita balik muhasabah blik,,mcm tue la khidupan kita,,
ingat orang yang paling baik amalanya ialah,yang
apabila dya membuat satu kesalah lantas dya terus bertaubat kepadaNya Allah.
marilah sama-sama kita muhasabah bli diri kita hari ini,di mana tahap kualiti puasa kita,adakah memenuhi kretiria yang di tetapkanNya atau sebaliknya.sebelum ana tinggalkan coretan kali ini,marilah sama-sama kita tinggkatkan amlan kita terutamanya pada pada malam-malam teakhir ramadhan ini agar-agar dapat bertemu dengan lailatul qoda yang utama.aminnn...
sekian untuk kali nie,yang baik itu datang dari Allah,
yang serabut atau buruk itu datngya dari diri ine manusia yang hina lagi doif ini.. maf kalau-kalau ad yang tidak tersusun atau suasan untuk difahami....