Monday, May 21, 2012
Wednesday, May 16, 2012
pEdulikah Kita?
Aku nak kongsi artikel ni,i'Allah moga bermanfaat pd semua dan diri ini.. thankz to http://saifulislam.com/?p=11171
Atas PAGAR Makan Budi
Angin Pilihanraya Umum ke-13 semakin kuat bertiup.
Apakah ini suatu spekulasi?
Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah
milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan
peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang
menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU13.
Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu
atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.
Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.
Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation
kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa
berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya
dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.
Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan
ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para
pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat
pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan
proses demokrasi di negara kita.
AKU PEDULI APA
Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno tetapi
pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang melanda
masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.
Dalam perjuangan mahasiswa, mata terus memberi perhatian kepada
pertembungan antara pro BN dengan pro PR. Namun kita terlepas pandang
bahawa pertempuran paling besar ialah pertempuran antara golongan PEDULI
dengan golongan TIDAK PEDULI.
Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa
sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara
kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara
kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.
POLITIK YANG JENGKEL
Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana.
Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti.
Anak muda bukan punya sabar untuk mendengar celoteh ahli politik,
baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong,
retorik dan jauh daripada pembaris idealisma orang-orang muda. Lantas,
sama ada pemerintah atau pembangkang, kedua-duanya bisa gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.
Tetapi mengambil peduli tentang politik memang memerlukan stamina yang tinggi.
Stamina emosi!
Jika kekotoran politik Malaysia menjadi alasan mereka enggan peduli,
anak muda Malaysia perlu meninjau anak muda Turki berdepan dengan
politik negara mereka yang lebih dahsyat lagi bangsat (maaf), namun
mahasiswa di Turki tidak lelah. Jika stamina tinggi mengambil 16 subjek
untuk SPM, seharusnya stamina yang sama dipinjamkan kepada keperluan
mengambil tahu tentang politik.
Sama ada atas asas Islam, sosialis, Laiklik (sekularisma Turki), atau
apa sahaja, peduli dan melakukan sesuatu berkenaan kepedulian itu
ertinya sudah menyelesaikan 50% urusan perubahan.
KESALAHAN PARADIGMA
“Saya pening, tak tahu nak undi mana satu. Dua-dua tak meyakinkan!” kata seorang anak muda di Facebook.
“Senang cakap ustaz sebenarnya sokong siapa kerana apa yang kita
lihat ikut hukum logik politik kepentingan perlu buang undi memenangkan
kedua-dua kelompok ini? Apakah kedudukan umat Islam bergantung dengan
kedua-dua kelompok ini?” tanya seorang anak muda lagi. Di Facebook juga.
Kesalahan paradigma kita ialah undi kita adalah untuk menguntungkan pihak yang diundi.
Itu salah.
Kerja kita bukan hanya mengundi.
Mengundi hanya permulaan.
Kita mengundi untuk menyediakan ruang kita berperanan. Pihak yang
perlu dimenangkan ialah pihak yang apabila menang, dia mahu mendengar
nasihat, tunjuk ajar dan cadangan kita. Dalam erti kata yang lain,
selepas pilihanraya, kita mesti terus bekerjasama untuk mengisi
keputusan pilihanraya dengan maslahah-maslahah masyarakat, Yakni kita
aktif membantu pihak yang menang mengisi kemenangan.
Bukannya selepas undi, kita tinggalkan politik dan komen dari jauh sama ada orang politik sudah buat kerja atau tidak!
Al-Imam Ahmad dan al-Baihaqi meriwayatkan cerita oleh Rasulullah
sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang wasiat Nabi Nuh ‘alayhi al-Salaam
kepada anaknya di ambang kewafatan Baginda. Hadith yang panjang itu
menyentuh perkara berikut:
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah,
sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang
dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai
sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau
apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau
menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah
jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk
bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
Perjuangan kita ialah untuk menundukkan kesombongan agar yang
memerintah ialah pihak yang mahu mendengar kata. Bukan meremehkan
saranan-saranan, mentertawakan kritikan, pandai dalam semua benda hingga
politik tidak perlu mendengar pendapat ahli bahasa dalam masalah
bahasa, ahli sukan dalam masalah sukan, ahli pendidikan dalam masalah
pendidikan, semata-mata kerana AL-KIBR!
Pihak yang masuk ke Parlimen dan Dewan Rakyat itu memang bukan nasib
kita bergantung kepada mereka, tetapi keputusan-keputusan mereka menimpa
kita secara langsung.
Maka siapa yang mahu dihantar masuk ke bilik-bilik mesyuarat penggubalan dasar pusat dan negeri itu, amat kritikal!
Namun usaha semua orang di bidang masing-masing mesti diteruskan sama ada di ahli politik atau tidak.
Terutamanya kakitangan awam yang mesti terus berkhidmat kepada
rakyat, dan bukannya kepada parti, tanpa mengira apakah bentuk peralihan
kuasa pasca Pilihanraya Umum. Kakitangan awam adalah tunggak utama urus
tadbir negara.
TERNAKAN AL-MALA’
Namun, ketidak pedulian itu juga mungkin sekadar tip of the iceberg.
Isunya lebih dari itu.
Lebih besar dari sekadar malas untuk peduli kepada pilihanraya.
Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya sering berkait rapat dengan persoalan world view…
cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya. Atau dalam
bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga
tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan,
minum, kerja, rehat dan seks.
Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang
ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada
mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh
al-Quran sebagai binatang ternak.
Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja. Tetapi
binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal
tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.
Apakah falsafah binatang ternak?
Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan
berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya
tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa
aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari
ini, dan itu sahaja. Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan
falsafah yang sama. Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari
ini mahu makan apa, bahkan hari ini mahu makan siapa!
Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat
sembelihan, bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah
lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk
merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti
sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.
Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum,
kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang
perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan
dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput,
makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya
semata-mata.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.
Neraka Jahannam bukan hanya dihuni oleh manusia jahat lagi ahli jenayah.
Neraka Jahannam juga dihuni oleh orang-orang yang LALAI.
Ayat ini seharusnya menjadi peringatan paling tegas untuk membanteras gejala AKU TIDAK PEDULISMA.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]
Apakah sikap tidak peduli, lumpuh reaksi dan hambar terhadap
tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, merupakan simptom
besar kepada melatanya generasi yang hilang arah dan tujuan hidup?
Semua pihak perlu serius memikirkan hal ini. Mereka yang bertanding,
yang berkempen, yang berdakwah, yang bersiasah… isu ini isu semua.
Pilihanraya, demokrasi, baik pulih pemerintahan… adalah isu yang
tidak punya sebarang makna bagi manusia yang hanya berfikir tentang
perutnya.
PASRAH SAHAJA
Dunia adalah ladang Akhirat. Nasib kita di Akhirat sangat berkait rapat dengan reaksi dan aksi kita di dunia.
Perbalahan di zaman ini bukan seperti di zaman Muawiyah vs Ali
radhiyallahu ‘anhuma yang amat sukar untuk ditentukan pihak mana yang
hendak dihulurkan tangan.
Sesungguhnya di Akhirat nanti, Allah tidak simpati kepada golongan
‘tertindas’ yang semasa hidup di dunia, mereka tidak bertindak. Hanya
pasrah sahaja.
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat
semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri, mereka ditanya oleh
malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama
kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas
di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang
membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang
sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan
neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” [Al-Nisaa' 4: 97]
ERA PAHLAWAN KEYBOARD
Golongan TIDAK PEDULI itu buat masa ini masih kelompok paling besar.
Ramai dari kalangan mereka, amat rancak duduk di depan laptop atau telefon pintar bersuara BISING.
Kekuatan penguasa di mana-mana sahaja
banyak bergantung besar pada golongan ini. Mereka tidak perlu menyokong
pembangkang yang memerlukan kepada kesedaran politik, membaca,
menganalisa, berusrah dan lain-lain kesusahan. Untuk menghasilkan
golongan ini, beri sahaja apa yang nafsu mereka mahu. Hiburan, duit
poket, ‘kestabilan sosial’ yang semuanya itu diberikan tanpa golongan
ini sedar pun bahawa mereka sedang menikmatinya.
Mereka menganggap tidak berpihak mereka kepada mana-mana pihak itu
adalah sebuah intelektualisma, bebas, merdeka, bukan balaci pembangkang
dan kemegahan-kemegahan buana yang dicanang.. Tetapi merekalah al-An’aam golongan Al-Mala’!
Hakikatnya, mereka hanyalah golongan yang ‘menyembah Allah di pinggiran’.
Opportunist!
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan
pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah
hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan,
berbaliklah ia semula. (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan
akhirat, itulah kerugian yang terang nyata” [Al-Hajj 22: 11]
Jika bosan dengar celoteh seorang ustaz, dengarlah nasihat Desmond Tutu:
If you are neutral in situations of
injustice, you have chosen the side of the oppressor. If an elephant has
its foot on the tail of a mouse and you say that you are neutral, the
mouse will not appreciate your neutrality.
Selamat berpihak.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Thursday, May 10, 2012
sory semua
hyeeeee!!!!!cak!!
salam......aku mintak maaff bebanyak la kpd semua yg baca blog ni,buln lepas aku tukaq emeil,bab emeil lama tu tak sesuai,aku tak taw pulak,buleh hilang bnyak maklumat.....
hehehe..takpa laa,pe2, alhamdulilah, semua da kembali kepada asal...:)
Sunday, March 25, 2012
AKu Belum Pasti

Asslamualaikum....hye membe,kawan,sahabat,dan sume yg mengenali diri yang hina lagi dina ini di sisi Mu..moga kalain sume sihat... teringat ke blog nie selalu je, kalau buleh hari2 nak up date, tp itu laa masa tak menentu.. td nak p riadah(sepak bola 2,3 kali jadi la,) turun-turn blok ni ujan,nek balik on laptop on la blog nie..hehehe
Alhamdulilah, hari jumaat ritu langkah bermula lagi untunk ke dua kali nya. selepas percubaan pertama ku gagal atas sebab2 tertentu. aku tak salahkan sapa2 dalam hal nie, namun kali nie semangat ku tak sama lagi macam kali pertama aku menguruskan perkara ini. ul semangat ku berkobar2, utuk k sana,da setle sume,hanya tinggal selangkah je lagi, segala2-galanya hancur dik kerana satu sebab....:(. tak pa la yg lepas, itulah yang Allah tetapkan untuk ku, itulah namanya kita ni merancang je taw. baik mana pun kita rancang kalau Allah da tetap gitu,gitu la.okeh!! yang penting Allah itu tak zalim, Alhamdulilah hikmahnya banyak sangat!!
okkk, sekarang nia aku nak cuba lagi, ya Allah bantulah aku dalam hal ni...
i"Allah akan ku teruskan juga ape pun terjadi..:) hati nak sangat ke 'sana'.
mohon juga sahabat2 ku doa kan ku di permudahkan Urusan...
sesungguhnya rezki Allah itu luas sangat.. suma nie Hak dya kan...
lastttt sekali,da nak magrib daa.... mohon maaf atas segala0galnya dari ku..
Alhamdulilah, hari jumaat ritu langkah bermula lagi untunk ke dua kali nya. selepas percubaan pertama ku gagal atas sebab2 tertentu. aku tak salahkan sapa2 dalam hal nie, namun kali nie semangat ku tak sama lagi macam kali pertama aku menguruskan perkara ini. ul semangat ku berkobar2, utuk k sana,da setle sume,hanya tinggal selangkah je lagi, segala2-galanya hancur dik kerana satu sebab....:(. tak pa la yg lepas, itulah yang Allah tetapkan untuk ku, itulah namanya kita ni merancang je taw. baik mana pun kita rancang kalau Allah da tetap gitu,gitu la.okeh!! yang penting Allah itu tak zalim, Alhamdulilah hikmahnya banyak sangat!!
okkk, sekarang nia aku nak cuba lagi, ya Allah bantulah aku dalam hal ni...
i"Allah akan ku teruskan juga ape pun terjadi..:) hati nak sangat ke 'sana'.
mohon juga sahabat2 ku doa kan ku di permudahkan Urusan...
sesungguhnya rezki Allah itu luas sangat.. suma nie Hak dya kan...
lastttt sekali,da nak magrib daa.... mohon maaf atas segala0galnya dari ku..
Wednesday, March 7, 2012
Untuk ku dan Untuk mu
ya Allah, diri ni makin jahil, lagi belajar lagi jahil, banyak lagi benda yang aku tak taw, td time dengar kuliah, tetiba hati ni terkesan dgn satu hadis nabi ni, Ya Allah selamatkan kami dari Umur yang tak bermanfaat, harta yang tak ternilai di sisiMU, Remaja yang lalai dek kerana ingin kan keseronokan dunia, Ilmu yang tak bermanfaat....
Sahabat sekampung ku yang dikasihi Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang UMURNYA di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Masa REMAJA, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang HARTA dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : TentangILMUNYA apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)
sedikit untuk hari ini... ditengah2 kesibukan desa, sempat cikit pun jadi la,, moga-moga kita mendapat manfaat dengan pesanan ini..:))
Wednesday, February 29, 2012
Sempena Maulidul rasul

alhamdulilah sempt jugak bersama 2 tokoh besar kita
Dr. Zulkifli al-Bakri dan Ustaz Anuar Hasin
Antara Mutiara yang sempat aku kutip dari tokoh ulma kita pada malam tue,
Dr banyak sentuh kepada sifat Dermawan Nabi Muhammad.
seperti mana yang kita tau pada zaman nabi ni sahabat2 sanaga xintakan akhirat dan tidak meletakkan dunia dihati, dapat dibuktikan Apabila seorang sahabat nabi abu Dahdah, beliau sanggup menukarkan kebun kurmanya yang sangat subur itu demu medapatkan setanagkai tamar untuk yanag sangat diperlukan oleh seorang fakir pada masa itu.
sahabat2 ku, dapatlah kita saksikan yang mana mereka ni bila mendengar je saranan nabi dan sesuatu berita tentang kelebiahan bersedekah demi
mendapatkan Husnul maab(sebaik-baik tempat kembali)mereka sanggup fakir didunia demmi syurga abdi....Allah.... dasyatnya cinta @Mahbbah mereka kdp nabi Muhammad..tp....................
bagaimana kita ye dengan sunnah nabi....

ayuhhh...tanamkan cinta kita pada nabi...
Thursday, February 23, 2012
Dah...
alhmdllah... baru selesai edit cikit2 blog aku ni, orang laaa nie kata baru la nampak ckit kata blog..huhu, ni edop smple je blog, ye la betol jgk org kata 'sume tak penting sangat yang penting isi dia manfaat bagi sume, xpa la at leas aku edit ni bagi sedap la mata yang menjengok sekitika blog aku ni kan.(pada hal dk isi masa boring neh,dk tggu kelas mlm ni, so dari tido baik aku melayan bende yang agak lama tak ter up date neh..huhu) moga-moga pasni aku lebeh cakna dengan mnyampaikan pe yang aku mmpu dan manfaat pd sume.. aminnn
sesuai dgn matlamat atau tujuan asal aku mnulis blog neh adalah supaya menjadi manfaat kpd arang lain dan ilmu yang aku sapai nie terus dan terus mngalir walaupun aku dah tiada..
sepert sabda baginda
sesuai dgn matlamat atau tujuan asal aku mnulis blog neh adalah supaya menjadi manfaat kpd arang lain dan ilmu yang aku sapai nie terus dan terus mngalir walaupun aku dah tiada..
sepert sabda baginda

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]
wallahualam....jmpe lagi..:)
wallahualam....jmpe lagi..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)


