Thursday, February 23, 2012

Dah...

alhmdllah... baru selesai edit cikit2 blog aku ni, orang laaa nie kata baru la nampak ckit kata blog..huhu, ni edop smple je blog, ye la betol jgk org kata 'sume tak penting sangat yang penting isi dia manfaat bagi sume, xpa la at leas aku edit ni bagi sedap la mata yang menjengok sekitika blog aku ni kan.(pada hal dk isi masa boring neh,dk tggu kelas mlm ni, so dari tido baik aku melayan bende yang agak lama tak ter up date neh..huhu) moga-moga pasni aku lebeh cakna dengan mnyampaikan pe yang aku mmpu dan manfaat pd sume.. aminnn
sesuai dgn matlamat atau tujuan asal aku mnulis blog neh adalah supaya menjadi manfaat kpd arang lain dan ilmu yang aku sapai nie terus dan terus mngalir walaupun aku dah tiada..
sepert sabda baginda
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]


wallahualam....jmpe lagi..:)

Sunday, January 22, 2012

Dari pintu Asar

salam...
hye sahabat2..tima kasih taw,,sudi jugak jengok-jengok blog tak seberapa aku ni,
aku ni bukanlah seorang penulis tegar,sekadar perkongsian kisahku...hehehe

hmm....ase cam da lama je x up date blog mi,
nak kata cibuk tu tak la jugak,tapi mumkin sebab wifi slow kot..
biasa la manusia alasan..

alhmdulilah da abeh pun 1 sem aku kt usim tu, laa ni dk cuti sem,
cuti la sangat kan,selasa 24/1 da kena balik usim ada kem bahasa arab dan english, 2minggu jugak.

nak tak nak kena ikut jugak laa
lagi pun bagus laa,aku pun memeg lemah bahasa2 ni,
bukan tak reti bahasa.huhu
macam nak memberontak je nak g kem ni,
sekali sekala macam terpaksa,
tapi bila pikiaq balik wat pe nak paksa diri,
alang kah baiknya kalau kita p dengan penuh harapan,
moga-moaga dengan kem ni Allah nampak usaha kecil kita dalam menuntut ilmu..
betul dak??:)

moga sahabat2 doa kan aku di pemudahkan segala urusan aku disin(usim)
hmm...apa lagi ea?macaam banyak je nak cite bila tengah taip hilang lak idea nya,
pe2 pun sebelum akhir post ni,
den nak mintok maap banyak pada semua n dihalalkan segala yang aku dapat.:)
dan.....Assalamualaikum suma......

Monday, November 28, 2011

3 gol dalam tempoh 6 minit mengundang padah buat Harimau Muda



TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.

Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.

Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.

Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.

Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.

Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.

Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.

Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.

p/s sukan@kosmo.com.my

Sunday, November 27, 2011

salam maalhijrah

alhmdulilah dengan rasminya sempatjuga kita menyedut udara Nya di pagi yang penuh rahmat ini...

Saturday, September 10, 2011

hari-hari pertama ku di sini......

salam hai sume....
hehehe..lama gak ase tak update neh..
hope u All suma sihat belako dehhh...
alhmdullah..da hari ke-4 ri ni aku kt Universit sains islam malaysia(USIM)

banggunan tercantik dalam usim.
Alhamdulilah di sebalik ketidak seronookan mendengar cite-cite negative dari sahabat2 tntang Usim neh..alhmdullh dapat juga aku melaluinya suma itu sehingga skrg.....alhmdlllahmAllah mmilih aku ke sini sebagai tempat terbaik bagi ku,dan Allah telah mentap kan segala-galanya terbaik...:)tenkiuuu my mum.(Azizah bnti abdul)banyk mendoakan ank bongsu mu ini untuk terus cekal mnuntut ilmu mu dan mencapai cita-cita satu hari nanti..insyAllah.....

haaa,,bukan apa,,nk cerita gak cikit,terimalah seadanya,dan berfikir lah posotiv tentang semua perkara..nampak macam tak dapat terima ja,bila dengar taklimat tentang Usim neh,tapi bila kita positivkan suma nie,insyAllah suma jadi molek.kalu tak decahlkan telur ayam manakan \dapat nikmatnya..:)segala yang terjadi....sudah suratan ilahiii....
haa..kawan- doa kan adik taw,moga-moga dapat menguruskan ombak ini dengan sempurna tampa merosakkan segala kehidupan alam ini..salam sayang sume...
To be continue..............~abu mansur al-naka'i

Thursday, August 25, 2011

salam terakhir......IKBN


salam u all..hope korang suma sihat belako deh...:)
aku pn alhmdulilah masih diberi nikmat olehNye untuk meneruskan kn kehidupan di dunia ini..i'Allah moga-moga kita semua sebtiasa berada dibawahnaungan rahmat dan redaNya..
Da lama rasnya tak mengarang neh...bukan apa intenet dirumah masuk ayaq.hehe
al-maklum laa bulan ramdhan,nnt mak marah lak asyik online je kan,,org sibuk baca quraan nnt kita sibuk men'ngomen di facebook(fb) tu laa..
Alhmadulilah sedar tak sedar da 2bulan aku bergelar pensyarah sambilan di IKBN neh, cepat betul kan masa berlalu,umuq kita pn macam tu laa insyaallah tepat pukul 3.30 pm 25 ogos 2001 akan tamat la kontrak aku di sini.
Idok la aku di tamatkan tp aku yang nk tamatkan,,ye laa aku dapat tawaran nak sambung belajaq di USIM nu,,dulu dk ingat buleh la p timur tengah(jordan)tp macam-macam lak masalah,tp xpa bila kita yakin yang Allah da atur kan yang lebeh baik maka Sikap kecewa itu aku meleset la,,kan..kan..tak caya try la buat,,yakin kan yang perancangan Allah itu lebeh baik.:)
insyAllah sal jordan tu da ramai sahabt2 aku yg akan ke sana aku doa kan mike semua dapat teruskan perjuangan untuk mmartabatkan islam.aku dan sahabat2 lain kami aku teruskan disini.Takbirrrrr..ALLAH HU AKBAR.
apa lagi ye??banyak pullak asa nk kongsi tapi macam bnyka lak nanti,,bersambung laa episod seterusnya dengan izin Allah la.